Jaga bicara tutur kata
Berhati tatkala meluah rasa
Hati mereka kita jaga juga
Kelak kita tidak terkena
Di atas roda kehidupan
Di bumi milik Tuhan
Semua ini sekadar pinjaman
Jangan kita lupakan
Jangan kita abaikan
Ucaplah..sebutlah...kesyukuran
Jangan kita besar ketawa
Memandang kekurangan mereka
Kelak berbalik pada kita
Senyum tersipu tunduk kepala
Jangan kita ungkitkan
Segala yang telah tangan hulurkan
Ikhlas hati beri bantuan
Kerana harta kita sepenuhnya milik Tuhan
Andai DIA tidak pinjamkan, kita tiada kesempatan
Miliki sedikit kesenangan
& mungkin kita juga sama
Dengan orang yang kita hina
ibu menyusui bayinya kerana kasih sayang..
tentera gugur ke bumi kerana kasih sayng..
burung membina sarangnya kerana kasih sayng…
kasih sayang..
mengukir senyum..
menghilang tangisan seketika…
melupakan kedukaan sementara..
kasih sayang…cinta..
menambah warna
kehidupan yang sedia ada..
kehidupan sempurna dengan adanya cinta..