BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~h@Lam@N

~denG@an n@m@Mu~


tidak semua yang di hati dapat di kongsi...tidak semua yang diluah dapat di fahami...tulisan....pena dan kertas menjadi peneman

~peGang@N & peDom@N~

~terinDah~

~ins@n~

Foto saya
~insan biasa..hamba Allah yang sedang berupaya membina bahagia daripada nikmat cinta yang Allah kurniakan~

Khamis, 18 Mac 2010

~keindahan

Selasa, 16 Mac 2010

~tanpa aku sedari~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Khamis, 4 Mac 2010

~bawalah aku pergi~

Ya Allah Ya Tuhanku…
Maha Pengasih Maha Penyayang….
Aku bermohon…
Ambillah nyawaku…
Andai aku akan terus melukakan hatinya..
Andai aku akan terus menambah parut di jiwanya…

Ambillah nyawaku…
Andainya dia akan bahagia…
Andainya kepergianku akan mengubati lukanya…
Andainya ketiadaanku menghilangkan parut di jiwanya…

Ya Allah…
Ambillah nyawaku…
Andainya kebahagiaan untuknya akan datang setelah aku pergi…
Ambillah nyawaku segera…

Ya Allah…
Ambillah nyawaku..
Andainya aku akan terus melakukan dosa…
Andai aku akan terus menambah luka..
Sesungguhnya…
Atas nikmat cinta yang KAU pinjamkan kepadaku…
Aku mensyukuri nikmatnya cinta itu…
Namun…untuk keperitannya…tidak mampu aku kendong…
Demi cinta itu juga..aku rela undurkan diriku..
Andainya kebahagiaan untuk insan yang aku cintai menyusuli tanpa henti…
Ambillah nyawaku..bawalah aku pergi..
Jauh dari dunia ini...
Jauh dari melukai & dilukai...

Ambillah aku pulang kepadaMu...

Amin…

Jumaat, 8 Januari 2010

ukirLaH senyumaN



Wahai teman ku
Hentikan tangisan mu
Ukirlah senyuman mu untuk aku
Buangkan rasa duka nestapa mu
Jemputlah kebahagian datang bertandang

Kasihanilah hati mu
Kasihanilah jasad mu
Bukalah ruangan
Untuk senyuman…

Mohon padaNya dengan telus
Moga di tunjuk jalan lurus

Senyumlah seketika
Akan terlupa rasa duka
Senyum dan ketawa
Mampu jadi penawar nestapa

Allah <3



Dia tuliskan
Kita bina lakaran
Dia tentukan
Apa yang kita fikirkan

Tiada siapapun akan pinta
Kehidupan susah mahupun sengsara
Kita rancang teliti penuh berhati
Tapi DIA berhak lebih lagi

Memohon kita sujud padaNya
Meminta dan terus pinta
Kesenangan dan tawa ria
Kehidupan penuh suka bahgia
Kerana Maha KasihNYA kita di duga
Di uji kita kerna Maha PenyayangNya

UjianNya bertali arus
Suka dan duka tidak pernah putus
Agar DIA di ingatan terus
Moga kasih kita untukNya tulus

Sabtu, 12 Disember 2009

keBahaGiaaN

Walaupun perasaan cinta & kasih sayang merupakan fitrah daripada Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperoleh sebagai satu anugerah tanpa diingini dengan usaha dan susah payah

Kebahagiaan itu diperoleh dalam perjuangan yang berterusan. Bahagia yang paling besar ialah kemenangan yang silih berganti dan kemenangan itu tidak ada tanpa perjuangan

Kebahagiaan terdapat pada jiwa yang tenang dan tenteram

Kebahagiaan seseorang amat berkaitan dengan tarikan hidup, bertambah kuat tarikan tali itu, maka bertambah kuat pula pertalian dirinya dengan bahagia yang menyebabkan kebencian hidup dan hidup yang tidak menarik hati, ialah jika tidak tahu rahsia hidup. Manusia yang arif akan erti hidup sentiasa beruntung dan tenteram

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh anda tuangkan kepada orang lain, tanpa anda sendiri mendapat beberapa titis daripadanya

Kebahagiaan itu tidak sentiasa kesenangan, tetapi biasanya kemenangan

Wang tidak selamanya membahagiakan, tetapi hidup tanpa wang ialah malapetaka

Kebahagiaan adalah kelapangan hati. Di sana tidak ada sesuatu yang lebih bernilai dan lebih luar biasa daripada detik-detik seseorang itu merssa hatinya lapang kerana tidak pernah menganiaya sesiapa

Kebahagiaan bukanlah terletak pada mengumpul harta benda, tetapi takwa kepada Allah itulah bahagia

Bahagia atau kesenangan ialah tujuan hidu manusia. Kesentosaan hidup tersimpan dalam bahagia dan kesengsaraan hidup adalah dalam penderitaan. Pandangan budi tertuju kepada perbuatan yang mendatangkan bahagia. Sifat-sifat keutamaan tidak mempunyai harga tersendiri, tetapi harganya terletak pada ukuran kesenangan yang mengiringi sebagai akibatnya

Hati kita

Dengan kuasa Maha Esa
Dari Adam dan Hawa
Lahirnya kita, Makhluk istimewa
Diberi ruang dan peluang
Menikmati bahagia, Suka duka senyum tawa
Bergelar insan dan manusia biasa
Punya hati dan jiwa nurani
Punya perasaan naluri hati
Ada sayang, cinta dan benci
Yang tidak mampu di nafi
Kewujudannya ada, Walau tidak dipinta
Definisi perasaan jiwa, Tidak tentu maknanya
Lain hati lain definisi
Berbeza tafsiran, Berbeza pemikiran
Manusia biasa..
Tidak tetap hati peribadi
Akan datang dan hari ini
Mungkin berubah nanti
Maha Esa bicara, hati hati milik kita
Tidak pernah lurus atas jalannya
Tidak pernah kekal langkah kakinya
Tiba masa ketika, Hati…gerakannya…nalurinya..
Berubah…mungkin seketika cuma
Mungkin juga selamanya
Untuk terus di landasannya
Harus pohon dan mohon pada Maha Esa
Agar beri ketetapan pada hati kita
Agar beri kekuatan pada jiwa
Moga-moga kita selalu di atasnya..
Di atas landasan hati yang kita bina
Moga-moga langkah kita seiring senada
Tanpa berubah arah tujunya..
Seiring, sama-sama

~bestd@y hero~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

~jaDikan piLihaN~

~ikL@n~

Powered by aspcreativework

~sel@w@t~

~sel@w@t~
::amalkan sebagai pelindung diri::