Walaupun perasaan cinta & kasih sayang merupakan fitrah daripada Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperoleh sebagai satu anugerah tanpa diingini dengan usaha dan susah payah
Kebahagiaan itu diperoleh dalam perjuangan yang berterusan. Bahagia yang paling besar ialah kemenangan yang silih berganti dan kemenangan itu tidak ada tanpa perjuangan
Kebahagiaan terdapat pada jiwa yang tenang dan tenteram
Kebahagiaan seseorang amat berkaitan dengan tarikan hidup, bertambah kuat tarikan tali itu, maka bertambah kuat pula pertalian dirinya dengan bahagia yang menyebabkan kebencian hidup dan hidup yang tidak menarik hati, ialah jika tidak tahu rahsia hidup. Manusia yang arif akan erti hidup sentiasa beruntung dan tenteram
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh anda tuangkan kepada orang lain, tanpa anda sendiri mendapat beberapa titis daripadanya
Kebahagiaan itu tidak sentiasa kesenangan, tetapi biasanya kemenangan
Wang tidak selamanya membahagiakan, tetapi hidup tanpa wang ialah malapetaka
Kebahagiaan adalah kelapangan hati. Di sana tidak ada sesuatu yang lebih bernilai dan lebih luar biasa daripada detik-detik seseorang itu merssa hatinya lapang kerana tidak pernah menganiaya sesiapa
Kebahagiaan bukanlah terletak pada mengumpul harta benda, tetapi takwa kepada Allah itulah bahagia
Bahagia atau kesenangan ialah tujuan hidu manusia. Kesentosaan hidup tersimpan dalam bahagia dan kesengsaraan hidup adalah dalam penderitaan. Pandangan budi tertuju kepada perbuatan yang mendatangkan bahagia. Sifat-sifat keutamaan tidak mempunyai harga tersendiri, tetapi harganya terletak pada ukuran kesenangan yang mengiringi sebagai akibatnya
2 TAHUN
10 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan