BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~h@Lam@N

~denG@an n@m@Mu~


tidak semua yang di hati dapat di kongsi...tidak semua yang diluah dapat di fahami...tulisan....pena dan kertas menjadi peneman

~peGang@N & peDom@N~

~terinDah~

~ins@n~

Foto saya
~insan biasa..hamba Allah yang sedang berupaya membina bahagia daripada nikmat cinta yang Allah kurniakan~

Rabu, 21 Oktober 2009

care ur mouth

Jaga bicara tutur kata
Berhati tatkala meluah rasa
Hati mereka kita jaga juga
Kelak kita tidak terkena
Di atas roda kehidupan
Di bumi milik Tuhan
Semua ini sekadar pinjaman
Jangan kita lupakan
Jangan kita abaikan
Ucaplah..sebutlah...kesyukuran
Jangan kita besar ketawa
Memandang kekurangan mereka
Kelak berbalik pada kita
Senyum tersipu tunduk kepala
Jangan kita ungkitkan
Segala yang telah tangan hulurkan
Ikhlas hati beri bantuan
Kerana harta kita sepenuhnya milik Tuhan
Andai DIA tidak pinjamkan, kita tiada kesempatan
Miliki sedikit kesenangan
& mungkin kita juga sama
Dengan orang yang kita hina

KEKUATAN

kelu tanpa bicara
tatkala kau bersua
sebak berkunjung tiba
detik hati terasa
aku tak berdaya
meluah rasa lawan bicara
situasi memaksa
aku berdiam cuma

aku pujuk hati ini
agar kuat dan tabah menghadapi
takdir dan suratan ilahi
yang hadir menguji diri

terkadang hampir di pintu tewas
namun masih aku gagahkan diri
demi insan yang aku sayangi
demi putera putera hati

aku hadirkan kekuatan
aku seru ketabahan dengan perlahan
air mata ini aku kesatkan

menadah tangan aku bermohon
menyerah segalanya pada Pencipta
aku relakan
aku pasrah..akur..
cubaan ini berterusan
menebus dosa laluku

terdetik kekesalan
namun masa tidak mungkin berulang
waktu tidak mungkin bias di undur

moga moga kekuatan ini
tidak berakhir di sini

Jumaat, 16 Oktober 2009

sumpaH

Bila sumpah terpatri
Kata bicara berhati-hati
Gerak tingkah mesti teliti
Jangan di mungkir kata janji

Andai terlajak tutur kata
Tiada jalan ke pangkal mula
Tiada juga unduran masa
Putaran waktu roda berupa

Andainya hati bersungguh cinta
Jangan mudah berjanji setia
Fikir teliti sebelum bicara
Pelihara jiwa jangan kecewa

Lajak perahu di undur semula
Lajak sumpah tiada bisa
Andai sumpah di mungkir juga
Hidup kelak jadi sengsara

Jika benar hati mencinta
Jujur setia hargai ia
Jangan di bina butanya cinta
Tiada mata, akal gantinya
Bye Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Permintaannya..

Ada benar pepatah bahasa
Cinta buta tak punya mata
Kerana itu ia di sini
Dengan setia ia berdiri

Kerana cinta ia terpaksa
membutakan mata..
memekak telinga..
hilang bicara..
Broken Heart Myspace Comments
MyNiceSpace.com
Bagaikan dungu..
Dia biarkan marahnya
Dia kesatkan air matanya

Ada mata..ia melihat bagaikan buta
Punya telinga..ia dengar bagaikan tuli
Demi kasih sayang & cinta
Di sini ia masih setia..

Bukan emas mahupun permata
Bukan berlian mahupun kaca
Sedikit, secubit rasa mesra
secalit, secukup penghormatan cuma..

Roda Dunia

Bila rasa diri beharta
Jangan lekas diri alpa
Jaga berhati tutur bicara
Jangan lekas lidah menghina


Bila kanan tangan hulur
lahirkan ikhlas dengan luhur
Tetap dijaganya tutur
Agar nikmat tidak lebur
Pelihara diri tidak takbur

Bila hati datang benci
Cepat dicermin diri sendiri
Hebat mana diri berdiri
besar lagi kuasa illahi

Bila kita tertawa ria
Toleh menoleh insan yang hiba
Buka hati bantu ia dengan rela
Kerana dunia umpama roda putarnya

Isnin, 12 Oktober 2009

Pujangga (dr buku Understanding Love: Ibrahim Nafie)

Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu. Dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya
(Q.S Al A'raf 7:189)

Jikalau antara diriku dan orang kebanyakan ada seutas tali membentang, nescaya aku tidak akan memotongnya. Jika mereka menarik kencang, akan aku kendurkan tali itu. Jika mereka mengendurkan, aku akan tarik tali tersebut.
(Muawiyah b Abi Sufyan)

because of luv

ibu menyusui bayinya kerana kasih sayang..

tentera gugur ke bumi kerana kasih sayng..

burung membina sarangnya kerana kasih sayng…

kasih sayang..

mengukir senyum..

menghilang tangisan seketika…

melupakan kedukaan sementara..

kasih sayang…cinta..

menambah warna

kehidupan yang sedia ada..

kehidupan sempurna dengan adanya cinta..

luv

andai terlafaz..terbicara kalimah cinta..

berjaga-jaga..

cinta..

pengorbanan,

pemahaman,

kasih sayang,

dicampur sebati,,menjadi satu ikatan yg cukup kuat..

hinggakan membutakan kite pd realiti & asal corak kehidupan..

bile ade cinta dlm diri sesama manusia…

lbh baik berpada-pada..

masih ade y lain yg utama..

Pencipta kite &..

ibu bapa..

Mungkin kdgkala keterpaksaan org tua itu menyakitkan kite hari ni..

Berfikirlah..

renunglah..

apalah salah mengorbankan cinta kite demi cinta & kasih ibu bapa..

~bestd@y hero~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

~jaDikan piLihaN~

~ikL@n~

Powered by aspcreativework

~sel@w@t~

~sel@w@t~
::amalkan sebagai pelindung diri::