Walaupun perasaan cinta & kasih sayang merupakan fitrah daripada Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperoleh sebagai satu anugerah tanpa diingini dengan usaha dan susah payah
Kebahagiaan itu diperoleh dalam perjuangan yang berterusan. Bahagia yang paling besar ialah kemenangan yang silih berganti dan kemenangan itu tidak ada tanpa perjuangan
Kebahagiaan terdapat pada jiwa yang tenang dan tenteram
Kebahagiaan seseorang amat berkaitan dengan tarikan hidup, bertambah kuat tarikan tali itu, maka bertambah kuat pula pertalian dirinya dengan bahagia yang menyebabkan kebencian hidup dan hidup yang tidak menarik hati, ialah jika tidak tahu rahsia hidup. Manusia yang arif akan erti hidup sentiasa beruntung dan tenteram
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh anda tuangkan kepada orang lain, tanpa anda sendiri mendapat beberapa titis daripadanya
Kebahagiaan itu tidak sentiasa kesenangan, tetapi biasanya kemenangan
Wang tidak selamanya membahagiakan, tetapi hidup tanpa wang ialah malapetaka
Kebahagiaan adalah kelapangan hati. Di sana tidak ada sesuatu yang lebih bernilai dan lebih luar biasa daripada detik-detik seseorang itu merssa hatinya lapang kerana tidak pernah menganiaya sesiapa
Kebahagiaan bukanlah terletak pada mengumpul harta benda, tetapi takwa kepada Allah itulah bahagia
Bahagia atau kesenangan ialah tujuan hidu manusia. Kesentosaan hidup tersimpan dalam bahagia dan kesengsaraan hidup adalah dalam penderitaan. Pandangan budi tertuju kepada perbuatan yang mendatangkan bahagia. Sifat-sifat keutamaan tidak mempunyai harga tersendiri, tetapi harganya terletak pada ukuran kesenangan yang mengiringi sebagai akibatnya
Sabtu, 12 Disember 2009
keBahaGiaaN
Hati kita
Dengan kuasa Maha Esa
Dari Adam dan Hawa
Lahirnya kita, Makhluk istimewa
Diberi ruang dan peluang
Menikmati bahagia, Suka duka senyum tawa
Bergelar insan dan manusia biasa
Punya hati dan jiwa nurani
Punya perasaan naluri hati
Ada sayang, cinta dan benci
Yang tidak mampu di nafi
Kewujudannya ada, Walau tidak dipinta
Definisi perasaan jiwa, Tidak tentu maknanya
Lain hati lain definisi
Berbeza tafsiran, Berbeza pemikiran
Manusia biasa..
Tidak tetap hati peribadi
Akan datang dan hari ini
Mungkin berubah nanti
Maha Esa bicara, hati hati milik kita
Tidak pernah lurus atas jalannya
Tidak pernah kekal langkah kakinya
Tiba masa ketika, Hati…gerakannya…nalurinya..
Berubah…mungkin seketika cuma
Mungkin juga selamanya
Untuk terus di landasannya
Harus pohon dan mohon pada Maha Esa
Agar beri ketetapan pada hati kita
Agar beri kekuatan pada jiwa
Moga-moga kita selalu di atasnya..
Di atas landasan hati yang kita bina
Moga-moga langkah kita seiring senada
Tanpa berubah arah tujunya..
Seiring, sama-sama
Kawan, റെമന്, sahabat
Kawan, teman dan sahabat..
Sesuatu yang hampir sama..
Namun jauh berbeza..
Definisi dari bahasa sastera..
Mahupun kehidupan realiti…
Kawan ketika suka
Mudah di cari dimana jua..
Namun pabila duka..
Tiada seorangpun disisi kita..
Walau beribu kita ada..
Semuanya hanya tinggal nama..
Teman..
Saat senang dan ketawa..
Saat berkongsi cerita..
Berkongsi pinggan makan bersama
Bila sedih dan berduka..
Mereka juga teman kita..
Mendengar luahan kita dengan setia…
Sahabat…
Satu memadai..
Lebih dari itu…bersyukur illahi..
Dia ada saat kita suka..duka
Dia ada saat tangis dan ketawa..
sahaBat
Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah sorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah didapatinya
Persahabatan adalah anggaur kehidupan
Jika sahabatmu setia kepadamu, bersyukurlah! kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahkan engkau kekayaan yang kekal
Seorang sahabat yang ada semasa diperlukan itulah sebenar-benar sahabat
Sahabat yang baik ialah orang yang mengeluarkan sesuatu yang bermakna daripada kita
Persahabatan turun lebih daripada naik
Sahabat ialah keluarga yang paling rapat
Isnin, 7 Disember 2009
aku...boNda...aku
Bergelar bonda hari ini
Baru aku mengerti
Rasa dan kata ibu yang aku tuli
Pertama kali..
Pertaruhan 9bulan 14hari
Menghabis tenaga dan keringatku
Terlintas terus di hati milikku
Andai kamu mahu susahkan aku
Bebani aku..Durhaka pada aku..
Pergilah kamu tinggalkan aku..
Jauh dari aku..
Dengan itu..hari-hari terus berlalu..
Saat kakinya ku kucup..terdetik di hatiku..
Andai kakimu ini akan hinggap ke tubuh ku..
Pastinya penyesalan berpanjangan kerna aku lahirkan kamu..
Ketika pula jari jemarinya yang kecil mulus aku genggamkan ke tanaganku..
Terlintas aku dan berbisik di telinganya…
Andai tananmu mahu menyeksa tubuh ku..
Beritahulah aku saat ini..agar aku bersedia hadapinya..
Untuk masa hadapan…
Tidak berhenti aku fikirkan…
Tidak putus doa ku…harapan..dan impian..
Agar kalian menjadi yang terbaik..
Agar kebahagiaan kalian perolehi..
Agar kesusahan tidak kalian lalui..
Aku mohon..aku rayu pada illahi..
Agar perjalan kehidupan kalian di berkati..
Baru hari ini…
Baru sekarang aku fikiri..
Berat tanggungjawab ini..
Tidak mudah menggalas jawatan diberi..
Baru aku memahami dengan lebih lagi..
Penghargaan dan penghormatan yang dingiini..
Seorang insane bergelar bonda, mama, ibu..ummi…
Tugasnya berterusan hingga ke penghujung nyawanya pergi…
Dicatat oleh wafa"akalilah" di 12:59 PG 0 ulasan
Label: peNgalamaN
seAndainya
Andai melintas dihadapan cermin
Berhenti seketika..lihat diri serupa kita
Tafsir dan halusinya
Seperti apa kita..sempurna mana kita..
Andai marah berkunjung
Balasi ia dengan keredhaan
Hadiahi dengan senyuman..
Biarkan ia berlalu
Biarkan sabar ganti ruangan itu
Andai rasa tertekan
Diamkan diri mencari ketenangan..
Panggil berulangkali
Ambil waktu bersihkan diri..
Andai diri celaru
Jangan lekas di ucap buntu
Renung dan fikirkan dulu
Bina keputusan baru
Satu demi satu..
perasaan hati
ibu menyusui bayinya kerana kasih sayang..
tentera gugur ke bumi kerana kasih sayng..
burung membina sarangnya kerana kasih sayng...
kasih sayang..
mengukir senyum..
menghilang tangisan seketika...
melupakan kedukaan sementara..
kasih sayang...cinta..
menambah warna
kehidupan yang sedia ada..
kehidupan sempurna dengan adanya cinta..
kehidupan beranjau duri
hidup nie menjadi lumrah
bile ade senyum tawa dan tangisan,,
kadang2 kite berteman,,
adakala keseorangan,,
ada masa die kawan kite,,
teman,,sahabat yg kite rase sejiwa,,
tp mungkin itu cuma pd kite,,
die mungkin jd lawan kite,,
mungkin juga musuh dlm selimut kite
tikam dari belakang,,,
inikah lumrah,,
bile rindu berkunjung tiba,,
bila ketawa tiada,,
hanya kenangan dan memori,,
yg terlintas dan masih segar,,
bila kesepian n kesunyian bergabung
datang berkunjung untuk beberapa detik masa
hati n perasaan kite begitu terseksa,,,
sehinggalah perginya ia,,,
berganti dgn ketibaan ketawa ria,,
pk2 kan,,renung2 kan,,
~jaDikan piLihaN~
~sel@w@t~

::amalkan sebagai pelindung diri::